301218
cukup setahun rasanya aku mengalami peristiwa tersebut. peristiwa dimana aku terpaksa kehilangan orang yang aku sayang, sahabat terbaik yang pernah aku ada. setahun yang lalu, telah berlaku perselisihan faham antara aku dan dia. dan sejak hari itu, aku dah nekad yang aku akan teruskan hidup tanpa ada seorang sahabat pun dan akan harungi segala ujian dan musibah yang berlaku ke atas diri ini dengan sendiri, tiada lagi air mata akanku curahkan untuk seorang manusia yang bergelar kawan. tekadku itu telah membawa aku ke suatu tempat dimana semua orang tidak mengenal kisah silam ku. beberapa bulan awal aku bahagia, aku gembira dengan kawan yang baru, yang telah mewarnakan hidupku dengan warna warna yang indah. namun setelah beberapa bulan kemudian, takdir menentukan aku bertemu dengan seorang kenalan yang sangat memahamiku, aku jadi terhanyut dengan segala keasyikan itu, sehingga aku terus lupa yang matlamat aku sebenar iaitu, tiada lagi air mata buat sahabat. kenalanku itu, baru ku kenal selama 4 bulan, namun disebabkan sikapnya yang mudah menerima aku dalam hidupnya dan menganggap aku antara orang penting dalam hidupnya. aku terus termakan dan melupakan peristiwa tersebut. pada awalnya aku rasa sangat dihargai dan terharu, namun lama kelamaan, baru aku tersedar dari tidur yang lena. soalan demi persoalan yang hadir dalam fikiran, aku mempersoalkan "kenapa aku? kenapa bukan orang lain?" "kalau dia mudah jadikan aku orang penting tak mustahil dia mudah menjadikan orang lain penting, dan tak mustahil juga dia akan mudah buang aku dari hidupnya". aku hilang kata kata dan tujuan, aku perlukan semangat baru, semangat pada awal aku kesini, dimana aku tidak lagi perlu memikirkan tentang kawan. sangkaku pada zaman universiti, aku tak akan biarkan masalah kawan wujud lagi, namun sangkaanku meleset sama sekali. bagi ku masalah aku disini jauh lebih berat dari masalah ku dari sebelum ini, kerana aku telah dimanjakan dengan kata kata manis manusia yang sentiasa berubah. aku rindu akan kawan lamaku, aku rindu gurauan kawan lamaku sewaktu dibangku sekolah, aku rindu layanan dia terhadap aku yang menganggap kawan biasa. sekarang baru aku sedar yang kita manusia seharusnya benar benar bersederhana dalam sesuatu perkara dan sewajibnya menyayangi Pencipta lebih dari menyayangi ciptaanNya. tidak salah untuk ada kawan yang istimewa ,akan tetapi jangan lah terlalu berharap yang dia akan berada di samping kita untuk selamanya. ingatlah, Allah yang akan selalu ada dengan kita di waktu orang lain meninggalkan kita. hargai setiap sesuatu itu, jangan biarkan kita jauh dari Pencipta. pesanku kepada semua, jangan terlalu taksub kepada manusia, kerana Allah benar benar cemburu akan hati yang berharap selain dariNYa.
Comments
Post a Comment