301218
cukup setahun rasanya aku mengalami peristiwa tersebut. peristiwa dimana aku terpaksa kehilangan orang yang aku sayang, sahabat terbaik yang pernah aku ada. setahun yang lalu, telah berlaku perselisihan faham antara aku dan dia. dan sejak hari itu, aku dah nekad yang aku akan teruskan hidup tanpa ada seorang sahabat pun dan akan harungi segala ujian dan musibah yang berlaku ke atas diri ini dengan sendiri, tiada lagi air mata akanku curahkan untuk seorang manusia yang bergelar kawan. tekadku itu telah membawa aku ke suatu tempat dimana semua orang tidak mengenal kisah silam ku. beberapa bulan awal aku bahagia, aku gembira dengan kawan yang baru, yang telah mewarnakan hidupku dengan warna warna yang indah. namun setelah beberapa bulan kemudian, takdir menentukan aku bertemu dengan seorang kenalan yang sangat memahamiku, aku jadi terhanyut dengan segala keasyikan itu, sehingga aku terus lupa yang matlamat aku sebenar iaitu, tiada lagi air mata buat sahabat. kenalanku itu, baru ku kenal s...